background

Sunday 4 December 2011

SELAMAT DATANG KE ADIKKU KREATIF

Salam semua..
Selamat Datang ke Adikku Kreatif!!



Adikku Kreatif adalah satu program pembelajaran yang terkini dan amat berkesan kepada anak-anak anda.Kami menyediakan program Matematik dan Sains dalam pengunaan merekacipta  sambil belajar.



Masih tertanya-tanya ''Mengapa anak saya masih lemah dalam Matematik dan Sains?''..

Kini!! Kami ada jawapannya. Disini kami mendidik anak-anak anda dari kalangan umur yang masih kecil lagi sekitar umur 4 tahun sehingga 9 tahun. Bak kata pepatah Melayu ''Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya''. Ini memudahkan anak-anak supaya lebih pantas dan tangkas dalam menyelesaikan sesuatu masalah sekaligus menjadikan anak anda dapat bersaing lebih baik dari rakan nya yang lain.



Kami tenaga pelajar menggunakan altenatif yang lain dari yanag lain dimana tidak seperti pusat pendidikan tambahan yang lain iaitu penggunaan alat bantuan mengajar yang berkesan serta menyeronokkan. Kami menggunakan produk GIGO TOYS ( anda boleh klik disini http://www.gigo.com.tw/index_en.php ) sebagai alat bantuan mengajar untuk kanak-kanak bagi mendorong mereka berfikir secara bijak, cergas, serta kreatif dengan bermain alat mainan ini.




Dengan adanya permainan ini dapat membantu minda serta ketangkasan anak-anak dalam sesuatu perkara yang mereka lakukan. Ini lebih jelas lagi menjadikan mereka lebih tertumpu dan cenderung kepada penyelesaian serta minda menjadi cergas dan cerdas.





Proses Perkembangan kanak-kanak adalah merupakan proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait dengan tindak balas pembelajaran dan gaya minda mereka berfikir. Dengan adanya progran kami yang menyeronokkan ini dapat membantu anak anda lebih berminat lagi untuk belajar dengan lebih baik serta berkesan. Kanak-kanak biasanya akan lebih mmeberi tumpuan mereka kepada sesuatu yang lebih menyeronokkan seperti bermain berbanding buku semata-mata bagi proses pembelajaran serta pertumbuhan minda yang aktif. Dengan itu kami menggunakan pendekatan psikologi kanak-kanak bagi memberikan mereka satu lagi dunia baru yang harus diterokai oleh semua kanak-kanak.



Maka dengan itu Program Adikku Kreatif adalah program yang terbaik untuk anak-anak anda bagi membina minda mereka lebih aktif serta minat untuk belajar.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Hazel.. cantik blog ianya yg terbaikkk.. harap apa yg hazel buat blog utk kita berkongsi apa shj di dalam blog.. teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  2. wassalm ..tks yeah..same2 support..hazel pon baru je wt blog ni..nk kembangkn servis..terutamanya untuk anak2 melayu kita.. supaya lebih mahir dan tangkas dalam math dan sains. =,=

    ReplyDelete